Nota: Pelajar-pelajar mulai semester 1 sesi
2012/2013 dan seterusnya boleh merujuk
sepenuhnya laman web http://jadualapk.weebly.com bagi mendapatkan panduan dan maklumat terkini.
Arkib & Selingan:
(Jika visual tidak keluar, cuba klik skrin penuh/guna Internet browser yang lain)
Arkib sekitar Hari Keusahawanan Sem II, Sesi 2010/2011 & semester-semester terdahulu yang muat/sempat/dapat dimuat naik setakat ini.
Do'a Umum
Dengan NamaMu yang Maha Pemurah lagi Pengasihani
Segala puji bagi Dzat, Pencipta, Tuhan yang memiliki sekelian alam
Yang Maha Pemurah, Pengasih dan Penyayang
Dan Yang Memiliki Hari Pembalasan ( Hari Kemudian/Hari Kiamat)
KepadaMulah tempat kami berserah, beribadat
Dan KepadaMulah tempat kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus & benar, petunjuk yang benar, hidayah yang benar
Sebagaimana jalan-jalan orang yang telah Engkau beri petunjuk dan rahmat dan nikmat ke atas mereka
Bukan pula jalan orang-orang yang kau murkai
Dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat, agama yang sesat dan palsu
Perkenankanlah olehMu wahai Dzat yang penyayang......

Sudut Muslim
Kongsi Tazkirah pagi Ahad,
8 April 2012 ; 16 Jamadil Alkhir 1433.- Ustaz Daud – UPNM, Surau Nurul Iman , AU 3.
1.
Ibnu Abas, sepupu Rasulullah s.a.w. yang rapat dan sama-sama membesar bersama
Rasullullah...berasa sedih dan menangis apabila mendengar Allah berfirman bahawa
agama Islam telah sempurna. Apabila Abu Bakar bertanya, kenapa
engkau bersedih? Bukankah kita patut bergembira sebab agama kita telah diiktiraf dan disahkan
oleh Allah sebagai sempurna. Kata Ibnu Abas, memang benar kita patut bergembira, tetapi jika Allah
telah berkata Agama telah sempurna, ini bermakna Rasulullah tidak lama lagi akan wafat. Abu Bakar bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w. tentang hal tersebut. Rasulullah berkata
benar. Firman Allah tersebut membawa berita gembira dan berita sedih. Rasulullah
akan pergi kerana tugasnya telah selesai dan sempurna. Apabila agama Islam telah
sempurna, maka tidak akan ada ayat –ayat yang akan turun lagi. Dan tidak akan
ada nabi yang akan lahir lagi. Sesiapa sahaja yang masuk kepada Islam selepas
itu maka Allah akan menerima Islamnya dan sah agamanya dan dijamin masuk syurga
selagi mana ia tidak terkeluar dari Islamnya (mengikut seluruhnya panduan dari
Al Qur’an).
2.
Jika ada sahabat2 Rasulullah yang belum pernah
melihat Rasulullah s.a.w. dan bermimpi bertemu dengannya, maka Ibnu Abas lah orang yang paling tahu akan
cirr-ciri Rasullullah. Dewasa ini, untuk kita mengetahui gambaran ciri-ciri Rasullullah yang sebenar, belilah kitab Syamail Rasullullahyang terdapat di kedai2 buku termasuk kedai buku ‘Popular’.
Kita jangan mudah keliru. Memang benar Iblis tidak boleh menyerupai Rasulullah
di mana-mana termasuk di dalam mimpi, TETAPI Iblis boleh mengaku sebagai Rasullullah dan sebagai Tuhan. Maka pastikan kita dapat lihat ciri-ciri Rasulullah yang sebenar di dalam mimpi.
wallahualam.
3.
Apabila kita mendengar nasihat orang-orang seperti doktor, guru-guru,jiran-jiran, sahabat-sahabat bagaimana untuk menjadi sihat; contohnya seperti berjogging, jaga pemakanan, beriadah dan
sebagainya, kita akan terus yakin dan percaya dan terus amalkan. Tetapi
kita sepatutnya lebih yakin dengan kata-kata dan nasihat dari Allah. Firman Allah, kalau kamu nak sihat, kamu
bacalah Al’Qur’an. Maka yakinlah bahawa dengan membaca Al Qur’an kita akan terjamin sihat kecuali mati. Jangan
risau jika kita tidak cukup ilmu untuk baca al Qur’an seperti takut berdosa kalau salah baca atau sebagainya. Kita bacalah dengan kemampuan yang ada disamping berusaha untuk memperbaiki bacaan kita dengan terus belajar. Kalau semua orang takut membaca al Qur’an kerana takut berdosa jika salah baca...maka
tidak adalah orang yang akan membaca Al Qur’an. Sedangkan guru Al Qur’ an pun kadang-kadang tidak boleh lari dari tersalah baca Al’Qur’an.
4.
Selalulah duduk di dalam majlis ilmu, kerana orang yang duduk di dalam majlis ilmu, akan dinaungi oleh malaikat dengan sayap-sayapnya.
5.
Kata Abdullah bin Auf : Barangsiapa yang hendakkan dunia, maka carilah akhirat, barang siapa hendakkan hubungan baik dengan manusia, jagalah hubungan baik dengan Allah. Bagaimana nak jaga hubungan
baik dengan Allah, maka buatlah amalan-amalan yang terbaik. Solat itu adalah amalan yang baik tetapi yang terbaik lagi adalah solat berjamaah di masjid atau surau. Membaca Al Qur’an itu baik, berzikir , bersedekah dan sebagainya itu baik....tetapi yang terbaik itu buatlah secara berkekalan , konsisten setiap hari, setiap waktu
kerana waktu kita didunia ini amatlah terhad.
6.
Antara tanda kita menyayangi ayah, ibu, anak , isteri dan suami adalah dengan memberi hadiah kepada mereka.....TETAPI sebaik-baik hadiah adalah do’a. Barangsiapa yang tidak mendo’akan ibu-bapa mereka , bukan lah terdiri dari anak-anak yang soleh.

hadis_tentang__muflis.pdf | |
File Size: | 47 kb |
File Type: |